Protected by Copyscape Web Copyright Protection Software

Follower

Follow

Saturday, January 29, 2011

Felt

Hari nie jalan2 kat area Jaln TAR ngan sorang member...
Dari satu kedai ke satu kedai masuk kaluar..hmmm..
last2 skali masuk kedai Bunga Reben...saje nak cuci mata...nak cari idea sbnrnya...hehehe
tgk punya tgk...belek punya belek...tup2 mata terpandang fabrik felt...hmmm cantik2 color...
nak beli semua rasanye...hehe last2 3 color je yg beli..purple, biru n hitam...


Tuesday, January 25, 2011

Mata kita

Adakah anda benar-benar mengenali mata anda??
Penjagaan mata adalah penting bagi setiap individu sama ada bagi kanak-kanak ataupun dewasa.
Jom kita sama-sama mengenali mata kita dan bagaimana cara-cara untuk menjaga mata...

eye

Artikel penuh klik disini

Kanser Servik

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.



Artikel penuh klik disini

Friday, January 14, 2011

Kerabu Kacang Botol

Bahan-bahan:
100 gm kacang botol (dihiris halus)
1 btg bunga kantan (dihiris halus)
1 btg serai (dihiris halus)
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
1 mangkuk kerisik
1 mangkuk ikan bilis yang telah digoreng
2 biji limau nipis (diambil jus)
3 biji cili api (dihiris halus)
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Masukkan jus limau, gula, garam, cili api dan bawang ke dalam mangkuk. Kemudian gaul sehingga rata.
  2. Masukkan kacang botol, bunga kantan dan serai. Gaul sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan kerisik dan ikan bilis.gaul sehingga rata dan sedia dihidang.

Puding Cocktail


Bahan-bahan:
1 tin cocktail
1 tin susu cair
1 paket sebuk agar-agar
4 cawan air
5 biji telur (diambil putih telur)
gula (mengikut citarasa)
pewarna (mengikut citarasa)
Sedikit Esen vanilla

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan pewarna. Masak sehingga agar-agar 3/4 daripada jumlah air.
  3. Sementara menunggu agar-agar, pukul putih telur sehingga kembang.
  4. Agar-agar dibiarkan sejuk seketika.
  5. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan yang mengandungi putih telur td. dibiarkan sejuk dan bekukan dalam peti ais.
  6. Asingkan buah cocktail dengan airnya.
  7. campurkan susu cair bersama air buah cocktail dan kuning telur seta sedikit esen vanila. Panaskan di atas dapur dengan api perlahan. Sejukkan dan tuang kedalam buah cocktail
  8. sejukkan kuah cocktail dalam peti sejuk.
  9. Tuangkan kuah cocktail ke dalam agar-agar tadi dan sedia dihidang.
SELAMAT MENCUBA....

Thursday, January 13, 2011

Cenderahati Pengantin



Hiasan Tombol Pintu



Material: reben chifon, bunga kertas, manik kristal
Warna: Pilihan
Harga: RM 2.50 /pcs, RM 62.00 /box (25 pcs) RM 120 /box (50 pcs)


Seharum Kasih Potpori




Material: Kain net, bunga kertas, bunga manik kristal, bunga riben dan gelas kristal.
Warna: pilihan
Harga: RM 3.50 /pcs



Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Malaysia